Friday, January 8, 2010

POSTER MAX E-CO




HAHAHA..pagi..kak ngah kat sini ader 3 jenis design..amacam boleh tak??
yang pertama tu-lambang komputer sebagai simbolik kepada net connection dan perhubungan..maksud dier kak ngah buat tu mempunyai maksud 'sistem online' yang kak ngah nak ketengahkan..
yang kedua- ader perkataan 'klik'..membawa maksud, klik tu sebagai simbolik tekan pada mouse atau 'pilih' dan gunalah sisitem ini..
yang ke 3-ntah main buat je..amacam??

Tuesday, December 22, 2009





assalamualaikum,,dah lame aku xupdate blog aku...hahaha...tahun depan akak aku akan berkahwin...Adoh beliau gak suruh aku mendesignkan beliau
beberapa buah jenis design untuk cover coklat cadbury beliau..hahahaha..inilah hasil kerja aku.....biasa2 jerk,,xsempat mase..hahahahaha..sesape nak kawen,,nak design bolehlah tempah
yerk pada saye...

"DESIGN FOR CHOCOLATE COVER" vintage conceptual..

Wednesday, November 18, 2009

contoh cover majalah sekolah...


mcm ni je kak ngah yang ade....ni pun untuk cover majalah sekolah rendah je...hehehe

poster merepek


hahahaha...ni r keje aku...ngedit muker orang yang xberdosa...hahaha..sesape yg nak boleh la hntarkan muke korang yerk untuk dipawagamkan...ekekekeke

Monday, September 14, 2009

ROCK BRO!!!!!!


TERUS BERUSAHA BERJAYA SAMPAI GILA!!

Thursday, September 10, 2009

BAGAIMANA MENHASILKAN LUKISAN POTRET




Lihat cara membuat lukisan potet yang mudah.Bagi memudahkan kita melukis tanpa ada "lari koordinat" sesuatu yang terdapat pada wajah yang hendak dilukis,kita perlulah membuat grid yang sama.Sebagai contoh,jika lukisan yang hendak dilukis saiz A4,maka print gambar yang hendak dilukis kepada A4 juga.Lepastu buat grid..




Ada banyak alatan yang boleh digunakan seperti pensil,Charkoel dan ape2 jelah..
Itu je yang aku dapat kongsikan..hehehe

Wednesday, September 9, 2009

KISAH MENGAPA AKU MELUKIS!!..BACA!!..($_$)


Time ni aku dishoot gambar atas sebab dah setel work aku.Hahahaha,takde lah,korang cube tengok betul-betul gambar yang aku lukis
tu,,,hahahhaha...tu gambar "PRINCESS HOUR" arrrrrrrr...hahahahaha..Dulu aku suka tengok cter korea so tu pasal time tu aku pilih ceter
korea as aku punya lukisan..Kalo korang nak taw,lkisan ni besar saiz dia besar la jugak,,saiz AO WEH!!!hahahaha...aku pun nak menyetelkan
keje ni sebulan lah jugak..Besar sangat,sebab lukisan ni susah nak siap cepat pesal lukisan yang aku lukis ni tak boleh padam taw..makin padam
makin kotor lukisan..So time aku dengan penuh kesabaran aku menyiapkan lukisan ini..Aku pilih figura manusia,dia nak aku lukis sebijik!!!hahahaha
boleh la,..

AKU?aku memang suka melukis dari kecik..Tapi aku tak sehandal yusuf gajah,latif maulan mahupun picasso..hahahahah..Sebab diantara sebab aku
melukis sejak kecil adalah,begini cerita dia..Sejak kecil aku dilahirkan dari keluarga yang tak senang..Aku dilahirkan dan dibesarkan
dibawah payong niaga goreng pisang mak bapak aku..Aku dulu orang tak berada,mak bapak aku meniaga goreng pisang dan kuih ditepi jalan.
Kitaorang hanyalah penjaja sahaja.Tapi aku tak penah malu,walau sering dihina,diejek rakan,berhujan dengan mak dibawah payung niaga.
kitaorang pegi niaga naik motor sahaja dulu..sedih,,biler hujan angin kuat,kuih terabur ditengah jalan,mak pun cepat2 pungut
dan buang dalam tong sampah..Aku teringat lagi titisan air mata mak aku...mase tu aku bodoh,aku cuma dapat pelok
mak aku je...Korang nak tahu?,korang mungkin takda pengalaman begini,bagi yang ada mesti memahami...

Berbalik pada cerita asal,dulu aku tengok sedara sedara aku semua ada mainan,kawan kawan aku ada mainan...Aku dalam hati tak penah merungut,
aku tahu mak bapak aku tak mampu beli..Sedangkan makan pun kami sekeluarga berjimat...So,aku mak aku hanya bagi aku,kertas,pensel dan gam...
hah!!!Sejak dari situ aku otak mula ligat,aku nak mainan,tak mampu..so aku lukis apa jua kartun yang aku tengok dekat tv,aku warna,aku gunting
dan aku main lah sampai kertas yang aku buat tu lunyai...Aku puas sangat........Hinggalah aku dah masuk darjah 3,4,5,6 aku mak aku paksa
masuk petandingan mewarna dan melukis...HAhahaah..syok weh dapat hadiah...hahahaha...Tapi walau bagaimanapun aku tetap tak dapat mengalahkan
BAPAK aku..dia lagi terer weh!!lukisan cat,warna semua..aku dulu tak tahu,,ingat dia tahu goren pisang je...hahahahaha...Lagi sorang yang
aku tak boleh challenge adalah AKAK IJA aku!!!!peh dia ni plak terer bab mewarna...aku tak pernah menang dengan dia dari kecik,,walau tak penah
menang dengan dia aku tak penah rasa menyesal atau apa,sebab aku memang tak kisah pasal ni...akak dah terer boleh tolong aku siapkan keje sekolah dulu??
betol tak??kui3..aku kisah bab makan je..hahahahaha

Beginilah secara ringkas aku dapat ceritakan macam mana aku boleh melukis..Dari kesusahan yang mengajar aku erti sabar,berdikari,dan mencuba yang terbaik.
Kepada korang semua ingatlah berusahalah mencari duit diwaktu muda ini.pikirlah anak-anak korang nanti bila dah kawen nanti..Korang nak anak korang
jadik mcm aku??bgus jugak.pandai lukis2..hahaha.takdelah melawak je...Kalo boleh berilah anak-anak korang nanti didikan yang sempurna,,jangan hidup
dalam kesusahan...Kisah silam aku aku kongsikan buat pedoman kat korang semua...papepun kini aku dah besar,,segala-galanya berubah..Termasuk diri aku..amin